TIGblogs TIG | TIGblogs GROUP TIGBLOGS LOGIN SIGNUP
Mind of a hypercritical freak!
Mind of a hypercritical freak!
What happens to our headliner??

Dua tiga hari ni aku rasa menyampah apabila membaca tajuk-tajuk utama berita... Apalah nak jadi dengan Malaysia ni...

Pertama sekali, politik dan kegoyahan UMNO yang tak habis-habis dicanangkan... Zahid Hamidi nak bertanding sebagai orang nombor dua Parti! Apabila ditanya beliau menjawab, ini semua atas desakan akar umbi walaupun Majlis Tertinggi seboleh-bolehnya melarang beliau daripada bertanding.

Zahid Hamidi mahu jadi orang no.2!

"I don't wanna be the change force in UMNO" - itu antara kata-kata Zahid Hamidi dalam NST hari ni (Sabtu). Apakah maksud di sebalik kata-kata beliau ini? Walaupun beliau sendiri sedari bahawa, penawaran beliau sebagai calon nombor dua parti adalah diharap-harapkan membawa perubahan dan demi menjamin keselamatan dan keutuhan parti. Perlembagaan parti tidak pula melarang sesiapa sahaja yang ingin dan berkelayakan untuk bertanding. Namun , kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hassan, yang secara terang-terangan menegah Zahid Hamidi daripada merebut jawatan itu. Alasan beliau, selagi Presiden parti, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi belum membuat keputusan untuk sama ada mempertahankan jawatan nombor satu dalam parti atau tidak, silalah hormati kepimpinan parti dan pertandingan jawatan bukanlah tempat menguji populariti.

Sangat cetek kenyataan Dato’ Seri Mohamad Hassan terhadap keputusan Zahid Hamidi untuk bertanding. Sesiapa sahaja boleh bertanding dan menyuarakan hasrat untuk bertanding. Politik adalah bisnes menjual harapan. Penawaran diri Zahid Hamidi ini mungkin sedikit sebanyak membawa sinar baru harapan ke dalam parti. Alasan untuk menguji populariti pula, siapa sebenarnya yang mengejar populariti? Adakah dengan menawarkan diri untuk bertanding ataupun sekadar mengulas keputusan orang lain untuk bertanding? Sekurang-kurangnya, Zahid Hamidi berani tampil ke hadapan dan mengawal keadaan yang sedang carca marba dengan pelbagai ketidaktentuan. Sudah terlalu lama UMNO disogokkan dengan pelbagai jenis manusia yang hanya tahu bercakap atau sekadar menurut sahaja…. Kami mahukan UMNO yang baru…sekarang ni UMNO amat senang diperlekehkan dan hanya diam membisu……

Mohamad Hassan yang juga mahu menguji popularitinya!

Berbalik kepada kenyataan Zahid Hamidi - "I don't wanna be the change force in UMNO" – Silalah jangan takut dengan sebarang perancangan yang akan anda laksanakan. UMNO perlukan perubahan… UMNO perlukan ketelusan.. Sehingga kini, ada cakap-cakap pihak yang berada di dalam UMNO, Puteri UMNO yang tertanya-tanya kemanakah hala tuju parti dan apakah langkah langkah seterusnya dalam proses peralihan kuasa dalaman parti. Mereka yang berada di liga kepimpinan pun boleh terkeliru apakan lagi akar umbi yang kini semakin bingung kerana tiada sebarang komunikasi daripada kepimpinan kepada mereka. Apa sudah jadi ni? Di manakah ketelusah kepimpinan parti? Mengapa tidak diterangkan kepada akar umbi? Mereka inilah nyawa parti… Mereka inilah yang menentukan arah tuju parti bukannya Majlis Tertinggi yang tak habis-habis bersidang namun tiada sebarang tindakan yang proaktif diambil.

Kegagalan komunikasi di peringkat akar umbi bolehlah ditafsirkan sebagai kelemahan kepimpinan parti. Lemah sangat kah parti nombor satu Malaysia ni?


Ali Rustam yang mahu keluar daripada "Liga Pak Turut"!

Manakala Dato’ Seri Ali Rustam juga turut mencuri tajuk utama hari ini, iaitu berhasrat bertanding jawatan yang sama bersama-sama Zahid Hamidi, jika ada kekosongan jawatan itu. Tindakan ini dapatlah disifatkan sebagai pak turut yang tak berapa berani. Jika mahu bertandiang, suarakan sahaja, tak perlu berdrama. Ini membuktikan secara jangka panjang, Ali Rustam turut bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan juga Presiden Parti. Tahniah diucapkan kepada Ali Rustam di atas pembangunan negeri Melaka dan pengiktirafannya sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO. Kata Ali Rustam, akan lebih banyak produk-produk pelancongan akan diperkenalkan seperti Bazar Warisan di pinggir Sungai Melaka dan 2 buah replika kapal zaman Raja Melaka yang akan turut dibina bagi merancakkan lagi industri pelancongan negeri. Itu semua pembangunan artifisial yang manfaatnya bukanlah secara terus kepada rakyat. Mungkin juga memanfaatkan poket sesetengah pihak yang berkepentingan. Sedihnya, masih ada rakyat Melaka yang belum mengecapi pembangunan sepenuhnya walaupun saiz Melaka ini tidaklah sebesar mana. Contohnya, di Machap, masih ada rumah yang belum mendapatkan keperluan elektrik dan air bersih. Inikah yang dinamakan pembangunan mampan oleh Ali Rustam ketika meraih undi 8 Mac lalu? Manakala setiap bulan, ada sahaja kemalangan yang meragut nyawa di Jalan Bertam Ulu kerana tiadanya infrastruktur tiang lampu bagi menerangi jalanraya yang kerap dilalui oleh pengguna. Apalah sangat berbelanja sekitar 2-3 juta ringgit bagi menyediakan infrastruktur tersebut daripada membawa masuk Eye on Malaysia ke pinggir Sungai Melaka dan juga menara peninjau Taming Sari bagi melihat pembangunan yang belum sempurna Bandar Melaka.

Bukan ingin membawa aib kepada Ali Rustam dan negeri Melaka, penulis juga berasal dari Melaka dan mengerti keluh kesah rakyat Melaka yang mahukan kepentingan mereka diutamakan. Janji kerajaan negeri dan persekutuan, berkhidmat dan berbakti untuk rakyat, maka buktikanlah. Buktikanlah bahawa anda mampu membawa perubahan dan memenuhi janji kepada rakyat bukan sekadar pemain drama dan pak turut semata-mata.

Musang Licik PKR - Tian Chua yang tahu segalanya!

Manakala tajuk utama yang mencuri perhatian penulis juga adalah kenyataan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua yang mengalu-alukan kemasukan Gerakan ke Pakatan Rakyat. Apakah maksud semua ini? Musang Licik PKR dapat mengesan sesuatu yang tak kena dalam Barisan Nasional, umum mengetahui bahawa BN ada sahaja masalah lama yang tak pernah diselesaikan…. Dan kenyataan terbaru ini pula menambahkan lagi luka lama parti yang baru dicurah garam setelah SAPP mengumumkan keluar Barisan dan akan menyokong usul undi tidak percaya kepada Abdullah Badawi.

Kepada semua pemimpin tertinggi BN, silalah lakukan sesuatu…. Sedang Pakatan Rakyat mencuri tajuk utama dengan –“Fokus kepada pembangunan”, anda semua sedang bergelut dengan krisis dan kemelut yang berpanjangan. Hentikanlah permainan politik yang entah bila akan habis. Utamakanlah kepentingan rakyat dan paculah ekonomi negara ke arah yang lebih harmoni dan dinamik, sedang Amerika semakin goyah dengan krisis kewangan dan pelaburan yang teruk, mereka bukan lagi kuasa ekonomi dunia.

Inilah masanya, kita semua berusaha dengan lebih keras dengan melaksanakan kuasa ekonomi dunia yang kolektif. Ekonomi yang bersatu padu dan saling perlu-memerlukan bukannya ekonomi kapitalis yang mendominasi dan menekan satu sama lain.

Semakin hampir kita ke 9 Oktober, di mana Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan keputusan sama ada mempertahankan jawatan atau tidak dalam parti. Janganlah kita berbunuhan sesama sendiri dalam parti, tunjukkanlah usaha kita, setia kawan dan sokongan kepada sesiapa sahaja yang mampu membawa perubahan. Ingatlah agenda bangsa dan kemajuannya bukan agenda untuk menunjukkan siapa lagi yang lebih hebat dan berkuasa.

Ini sekadar luahan dan pendapat anak muda yang pening dan bingung setiap kali menyelak tajuk utama berita. Berilah sedikit harapan dan inspirasi kepada kami bukan cerita hancur-menghancurkan sesama sendiri. Wallahuallam.


October 4, 2008 | 6:10 AM Comments  0 comments

Tags:
You must be logged in to add tags.


Roul's Profile


Latest Posts
Obama names Clinton US...
Riz Khan interviews...
A sour start up for Obama
If only i can smile....
Currently listening...

Monthly Archive
April 2004
May 2004
November 2004
July 2005
November 2005
January 2007
February 2007
October 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008

Change Language


Tags Archive
greatglobalist journalism media self-thoughts


25303 views
Important Disclaimer