TIGblogs TIG | TIGblogs GROUP TIGBLOGS LOGIN SIGNUP
d'[X]channel
d'[X]channel
« previous 5


Calling all youth Entrepreneurs!


Animax is giving you a chance to turn your business idea into reality with the ANIMAX YOUTH FESTIVAL! If they like your business proposal, they will give you your very own booth for FREE. And best of all, you get to keep all the money you earn! More info.

June 25, 2008 | 4:06 AM Comments  0 comments

Tags:


Buat jiwa-jiwa frinjan...

Semua resah hati manusiamu
Untuk membagi kisah atas nama cinta
Derai air mata di setiap sujudmu seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu
Cinta yang semu

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di sela doa dalam malam-malam yang sunyi

Ampun yang engkau pinta dalam semua keraguan yg tlah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu
Pada diriku dalam jalan dan redha-Nya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu
Cinta yang semu

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta pada-Nya
Melindungi dan menjaga kisah cinta kita...

June 24, 2008 | 2:06 AM Comments  0 comments

Tags:


Belasungkawa...

Takziah kepada keluarga Naquiuddin Edzani Abd. Halim di atas pemergian adik tersayang, Allahyarham Izuddin Hazwan Abd. Halim pada malam Sabtu, 14 Jun yang lepas.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

June 16, 2008 | 12:06 PM Comments  0 comments

Tags:


Atas nama kemanusiaan, berikan perlindungan..

Setiap tahun, kita pasti tidak pernah tertinggal mengingati Hari Ibu, 20 Jun ini pula memperlihatkan sudah 7 tahun Hari Pelarian Sedunia disambut, iaitu hari yang menginginkan kita mengingati pelarian-pelarian di seluruh dunia dalam satu hari yang istimewa.

Hari Pelarian Sedunia adalah satu hari di mana kita menghargai dan mengenang semangat dan kesungguhan mereka untuk terus hidup. Dua pertiga daripada jumlah keseluruhan pelarian di dunia adalah hasil daripada perang saudara, pembunuhan kejam dan penghapusan etnik dan agama – yang dipaksa untuk merempat dan tidak boleh pulang ke rumah. Bagaimanapun, ramai antara mereka yang tidak pernah putus harapan. Meraikan semangat dan memberikan sokongan kepada mereka adalah objektif bagi Hari Pelarian Sedunia.


Kini genap 7 tahun dunia meraikan dan mengenang semangat pelarian-pelarian tersebut dalam satu hari yang istimewa. Namun, kadangkala kita mempunyai stigma terhadap mereka dan memberikan pandangan yang negatif serta menyangka bahawa mereka amat sukar didekati.

Mereka memerlukan ruang sebagai insan dan berkongsi kehidupan tanpa sebarang pandangan yang membuatkan mereka rasa tidak dipunyai.

Mereka tidak pernah memilih untuk menjadi pelarian, dan atas dasar apakah kita untuk menyimpan pelbagai pandangan ke atas mereka.

Itu semua tidak pernah menjadi batu penghalang bagi mereka untuk meneruskan kehidupan serta membina “rumah” di atas tanah tempat mereka berteduh, sementara menunggu sinar baru dari negara asal yang bakal kebah dek konflik peperangan dan ancaman alam.

Tahun ini memperlihatkan tema yang lebih praktikal iaitu Protection – Perlindungan. Tema tahun ini sememangnya bertepatan dengan hasrat UNHCR yang ingin memberikan perlindungan yang lebih baik kepada mereka.

Di Malaysia, UNHCR tidak putus-putus membantu 39,000 pelarian yang berdaftar dengan mereka bagi mendapatkan perlindungan dan suaka. Kira-kira 18,000 daripada 39,000 itu adalah pelarian dari 33 negara, 17 daripadanya ialah dari Afrika, menurut statistik yang dikeluarkan oleh mereka.

Bagaimanapun, pelarian dari 17 negara Afrika itu hanya membabitkan kurang daripada satu peratus daripada 18,000 pelarian itu. Negara-negara tersebut adalah Somalia yang kini dihimpit perang saudara; Liberia yang dalam proses pembinaan semula negara setelah bertahun dilanda perang; negara-negara yang kini sedang menghadapi penghapusan etnik, Rwanda, Burundi, Chad, Algeria dan Ivory Coast.


Menduduki tangga teratas dalam senarai pemohon suaka di Malaysia adalah pelarian Myanmar iaitu seramai 33,000 dengan jumlah teramai berbangsa Rohingya kira-kira 13,000. Mengikuti di belakang adalah dua buah negara lagi yang kini sedang bergolak, Sri Lanka- 1,300 dan 600 dari Iraq.

Kira-kira 68 peratus daripada pelarian dan pemohon suaka itu ialah lelaki. Terdapat kira-kira 10,000 pelarian berumur bawah 18 tahun, dengan 6,000 daripadanya dalam kumpulan umur bersekolah (7-17 tahun).

Malaysia tidak pernah mengiktiraf pelarian dan pemohon suaka dan juga bukan penandatangan Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian ataupun Protokol 1967. Maka, UNHCR adalah badan yang bertanggungjawab bagi memberikan perlindungan serta bantuan suaka bagi pelarian di Malaysia.

Tiada penempatan rasmi ataupun kem pelarian di Malaysia. Pelarian-pelarian di Malaysia berkongsi ruang sehingga 20 orang di sesuatu tempat, sama ada di flat murah, perkampungan bandar mahupun perumahan bersama rakyat Malaysia. Pola penempatan mereka tertumpu kepada tapak-tapak pembinaan – tempat mereka bekerja, dan dalam khemah sementara di hutan Selangor.

Keadaan pelarian di Malaysia adalah rumit disebabkan status mereka dan tidak diikitraf, tiada akses kepada pekerjaan yang sah dan anak-anak mereka tidak layak mendapatkan pendidikan.

Tafsiran undang-undang Malaysia di bawah Akta Imigresen 1959/1963 tidak pernah memberikan penjelasan mengenai status pelarian dan pendatang asing tanpa izin yang masuk ke Malaysia bertujuan ekonomi.

Selain masalah utama terhadap akses kepada pekerjaan yang sah, tiada peluang dan ruang untuk pendidikan, mereka juga dihimpit dengan senario apabila ditipu oleh majikan yang memberi gaji yang sedikit dengan beban kerja yang berat. Ini membuatkan mereka tersepit di antara memilih untuk tidak bekerja ataupun terus kebuluran.

Jika diberi peluang, sudah pastinya mereka tidak mahu menjadi pelarian apakan lagi tidak mendapat pengiktirafan. Apa pilihan mereka, sedang mereka menanti sinar harapan agar konflik berakhir, kebuluran tidak berlaku, ketidakstabilan politik di tanah air mereka?

Memperbaiki pandangan kita terhadap mereka dan memberikan perlindungan kepada mereka akan membawa makna yang besar kepada mereka demi membina hidup baru. Mengapa perlunya kita berlandaskan pengiktrafan rasmi daripada kerajaan untuk membantu mereka? Berilah perlindungan kepada mereka seikhlas rasa di atas nama kemanusiaan. Kemanusiaan kita akan membawa kebajikan terhadap anak-anak mereka; peluang terhadap pendidikan, kesihatan dan hak pelarian wanita.

Mengapa tidak, tanggal 20 Jun ini, kita memberikan sedikit ruang dan peluang terhadap mereka untuk mendapatkan perlindungan dan akses kepada keperluan asas dengan baik tanpa sebarang prejudis. Atas nama kemanusiaan, kita berbakti kepada umat manusia yang memerlukan pertolongan kita.

Letakkan diri anda di tempat mereka, jika ini tidak akan pernah menjadi sesuatu yang mustahil, mungkin anda juga akan menumpang berteduh di laman orang lain dan mengharapkan belas ehsan untuk terus hidup dan mendapatkan perlindungan. Mahu sahaja kita dipunyai dan dibenarkan berteduh di situ. Dari sudut yang sama, kita juga mahukan mereka berperikemanusiaan.


June 16, 2008 | 4:06 AM Comments  0 comments

Tags:


Kurangkan beban rakyat...

Kepada mereka yang berada di atas....

Kurangkan beban rakyat dengan bukan hanya memberi arahan untuk mengubah gaya hidup. Berilah contoh yang terbaik... A good leader is an example for rakyat.

Anda semua kan berkuasa, apa lagi... kurangkanlah kadar faedah bagi pinjaman perumahan dan pengangkutan. Itu lebih baik daripada hanya memberi rebat sebanyak RM625 bagi kenaikan petrol.

Kemananya pergi pemikiran lateral menteri-menteri dan wakil yang kita lantik? Jika ini pun rakyat yang kena berfikir.... apa gunanya mereka di sana?....

Sistem kita mestilah saling bantu membantu, jika hanya rakyat yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah cara berbelanja, tapi tidak dibantu oleh sektor perbankan dan konglomerat-kapitalis..... Kita tunggu dan lihat sahajalah kejatuhan pentadbiran dan mungkin akan ada anarki di sana-sini.....

June 15, 2008 | 12:06 PM Comments  0 comments

Tags:


« previous 5


Roul's Profile


Latest Posts
Journey continues soon...
Kehidupan di tangan...
Signs that you should...
Meet my new love...
Thanks for undermining...

Monthly Archive
April 2004
May 2004
November 2004
July 2005
November 2005
January 2007
February 2007
October 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008

Change Language


Tags Archive
greatglobalist journalism media self-thoughts

Filter By Type
Events
News
Travel
Topics


21639 views
Important Disclaimer