TIGblogs TIG | TIGblogs GROUP TIGBLOGS LOGIN SIGNUP
Mind of a hypercritical freak!
Mind of a hypercritical freak!
« previous 5


Bila terlalu ramai daripada yang memerlukan...

Berjalan di Puduraya sangat menyakitkan jiwa. Kerana lebih ramai ulat tiket berbanding penumpang yang menuju ke destinasi masing-masing. Entah siapa yang memberikan perkhidmatan kepada siapa..

Begitu juga halnya dengan ahli politik di Malaysia. Lebih ramai ahli politik daripada rakyat yang dipimpin. Siapa yang menjadi pemimpin dan dipimpin. Itulah hakikat sebenar perkongsian konsensus di Malaysia. Malaysia, carca-marba land!

March 21, 2008 | 3:03 AM Comments  0 comments

Tags:


MIC tidak bersedia dalam PRU 12 lalu?

Adakah MIC tidak bersedia dalam menghadapi Pilihan Raya ke 12 lalu?

Itulah persoalan yang bermain di setiap minda rakyat Malaysia yang mempunyai kesetiaan kepada BN.

Jelas Datuk Dr. S Vasan, perkara utama yang menyebabkan kekalahan besar BN terutamanya calon-calon MIC pada kali ini adalah kerana:

i) Persepsi bahawa rakyat marahkan kerajaan
ii) Golongan muda tidak ambil kisah kempen BN
iii) Wakil rakyat yang kurang turun padang?

Adakah ini juga kerana, MIC dan BN gagal membaca fikiran rakyat? Dan apakah cara yang sebaiknya membaca fikiran rakyat Malaysia?

Datuk Dr. S Vasan menerangkan bahawa setiap persoalan yang diutarakan oleh rakyat telah pun dijawab berdasarkan fakta yang sebenar. Malah kata beliau, mungkin juga faktor calon yang diletakkan pada sesuatu kawasan itu juga memainkan peranan yang penting. Ini kerana beliau diletakkan di Kerusi DUN Pasir Panjang menentang calon PAS, IR. Mohamad Nizar Jamaludin, di mana, kawasan itu hampir 70% penduduknya adalah berbangsa Melayu. Persoalan mengenai calon MIC diletakkan di kawasan Melayu ini dijawab oleh Datuk Dr. S Vasan menerangkan bahawa beliau bertanding di sana berdasarkan tiket BN, beliau bukan lagi calon MIC, tetapi calon BN.


Bersama Datuk Dr. S Vasan dan Orang Kuat di sebalik Analisis Pilihan Raya Undi 2008
Ditanya mengenai faktor kredibiliti beliau yang juga seorang doktor, sudah semestinya mudah untuk mendekati rakyat, kerana terdapatnya persepsi di kalangan rakyat bahawa seorang doktor akan menjadi calon yang bagus. Dan faktor rupa, (candidate’s factor) juga antaranya menjadi persoalan. Beliau menjawab rupa sahaja tidak penting, jika tiada ketelusan dan keikhlasan dalam memimpin rakyat. Namun, tambah beliau, jika sudah ada pihak yang mengapi-apikan rakyat untuk tidak memilih calon BN, dan sokongan semakin pudar, tiada cara lain yang terbaik untuk mengatasi lawannya dengan hanya menggunakan fakta sebenar. Pun begitu, rakyat enggan mendengar.

Ini juga dipersetujui oleh Datuk Dr. S Subramaniam, yang berjaya menyandang kerusi Parlimen Segamat. Persepsi rakyat terhadap kerajaan memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya kali ini. Namun, beliau bersyukur bahawa negeri-negeri selatan masih lagi mahu menerima BN untuk terus memimpin.

Jika ditanya mengenai kredibiliti calon MIC yang bertanding, ada tanggapan bahawa calon-calon kali ini tidak bersedia dan tidak menonjolkan diri dan gagal menggunakan kelemahan sebagai peluang. Yang mana, ini adalah modus operandi ataupun forte’ pihak BA dalam merencanakan strategi kempen mereka. Pendekatan berfikir secara lateral gagal digunapakai oleh sebahagian calon MIC. Misalnya, menggunakan pendekatan yang berbeza namun efektif bagi menangani isu-isu nasional berkaitan kaum India. Tidak mampu menarik perhatian pengundi muda dan gagal menggunakan sepenuhnya potensi media alternatif.

Trend media alternatif ini jika dianalisis pilihan raya ke 11 pada tahun 2004, sudah bermaharajalela di ruang maya memainkan isu dan politik popular. Namun, BN tidak menggunakan pendekatan yang sama dalam strategi kempen kali ini. Mungkin juga, ini bukan berkisar kepada peranan media tersebut, tetapi lebih kepada mesej, hujah dan fakta yang harus diperjuangkan. Jangan terlalu menuding jari terhadap media, lihat kepada kepimpinan ataupun cara mendekati yang seharusnya lebih relevan.

Mungkin juga MIC dan BN dalam “in-denial” sepertimana kenyataan Datuk Dr. S Vasan yang mengatakan bahawa beliau dan BN tidak menjangkakan gelombang Tsunami kali ini. Tsunami, katanya yang tidak terduga dan kadar magnitud yang tinggi tidak terjangkakan. Hakikatnya, mereka sudah mengetahui trend dan corak strategi berkempen pihak BA, dan juga sokongan rakyat yang sudah semakin berkurangan. Gunakanlah juga media alternatif sebagai alat berkempen. They should have come forward earlier. Calon BN mempunyai candidate’s factor yang kuat, masalahnya hanya mereka dikongkong di bawah label BN dan juga kekangan terhadap pendekatan yang lebih lateral.

Mungkin MIC dan BN harus menukar cara penjenamaan calon mereka. Gunakan pendekatan politik popular daripada pendekatan politik pembangunan. Kerana rakyat mahukan kelainan. Ini terbukti apabila rakyat sudah bosan dengan BN yang terlalu selesa dengan kempimpinan mereka dan enggan meletakkan calon yang lebih relevan di kerusi-kerusi yang dipertandingkan.

Dan sifat BN yang menyalahkan media alternatif sebagai penyumbang kepada kekalahan mereka adalah sangat tidak berasas. Media adalah medium, namun yang paling penting adalah mesej yang ingin disampaikan. Adakah mesej yang ingin disampaikan oleh BN masih relevan dalam konteks politik baru Malaysia?

Pilihan Raya kali ini adalah pengajaran buat BN, seharusnya mereka sudah ada pendekatan berbeza untuk memenangi hati rakyat bukannya strategi yang dikitar semula dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya. Gunakan ruang dan peluang dalam media alternatif untuk memikir dan mengatur strategi bagi menawan semula hati rakyat yang semakin tawar. Bak kata Datuk Dr. S Vasan, Tsunami kali ini bukan sahaja untuk MIC malah untuk BN….. Memetik kata-kata beliau lagi, BN sekarang ibarat harimau yang tercedera, akan kembali apabila sudah pulih kelak dengan kekuatan yang luar biasa.

Kita nantikan kebenaran kata-kata Datuk Dr. S Vasan ini dalam masa 4 tahun lagi…..

Hakikatnya pilihan raya kali ini, MIC terlalu selesa dan tidak bersedia.


March 13, 2008 | 4:03 AM Comments  0 comments

Tags:


Kebangkitan Pemimpin Muda!

Pilihan Raya yang baru sudah... membuktikan bahawa Rakyat mahukan pembaharuan dalam tampuk kepimpinan negara.

Rakyat mahukan suara-suara muda yang bertenaga dan mampu bekerja dengan lebih lama bukan mereka yang sudah lama dan hanya mampu memberikan janji. Melihatkan kepada nama-nama calon dan juga mereka yang telah menang dalam pilihan raya kali ini membuktikan bahawa hanya Barisan Alternatif mengambil inisiatif untuk meremajakan demokrasi di Malaysia. Trend kali ini membuktikan bahawa rakyat bukan lagi mengundi kerana sesebuah parti. Mereka mengundi kerana kredibiliti calon, pembaharuan yang boleh mereka bawa.

Malah, isu-isu nasional seperti Hindraf, Bersih dan Kes Video V.K Lingam menjadi perangkap kepada kepimpinan Pak Lah. Memang isu-isu tersebut sudah reda di dalam media-media tempatan, tapi kesan reaksi rantaiannya masih lagi kuat diperkatakan di kalangan rakyat dan pihak pembangkang apatah lagi pucuk dicita ulam mendatang. Mereka menang kali ini kerana isu-isu nasional selain "spin" mengenai harga minyak, pendapatan isi rumah dan juga koridor-koridor di sana-sini.

Kebangkitan media-media alternatif yang menjadi saluran kepada isu-isu nasional dan juga pandangan berbeza mengenai suasana politik Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam menghala tujukan pilihan rakyat kali ini. Siapa lagi yang mempunyai akses kepada media-media alternatif ini jika bukan golongan muda. Semangat ingin meremajakan dan mendewasakan demokrasi ini menjadikan mereka begitu teruja inginkan pembaharuan.

Suara-suara para akademik dan juga pemikir memberikan satu gambaran kepada lanskap politik yang lebih dari sekadar berjanji. Mereka memberikan satu istilah yang baru kepada politik Malaysia. Mereka bertindak sebagai peneutral di sebalik cakap-cakap oleh BN dan BA. Mereka memberikan analisis yang membiarkan penonton menjadi juri kepada kenyataan kedua-dua belah pihak. Jelas, tanggapan mengatakan rakyat tidak pernah mengambil pusing mengenai suasana politik selama ini sudah jelas tersasar. Rakyat semakin matang memilih isu-isu untuk difikirkan dan menentukan ke mana lagi demokrasi ini harus bergerak.

Melihatkan kepada para pemimpin dan juga mantan pemimpin dari BN, mereka beranggapan bahawa demokrasi itu kuasa dan kuasa itu adalah demokrasi. Bagi mereka, jika mahukan pembaharuan atau pembangunan hanya jika melalui kuasa iaitu proses demokrasi. Jika kenyataan ini diterjemahkan ke bahasa yang lebih mudah adalah, jika mahukan pembangunan, hanya melalui BN. Ini terbukti, Kelantan yang sekian lama ditakluki oleh PAS yang mempunyai kadar pembangunan terendah, tiada sebarang perancangan besar-besaran untuk memajukan Kelantan oleh kerajaan Persekutuan. Jika adapun, ECER yang dikongsi oleh 2 buah negeri lain. Namun, seminggu sebelum Pilihan Raya lalu, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mengeluarkan kenyataan bahawa Kelantan akan kehilangan sebanyak RM112 juta nilai pelaburan ECER jika Kelantan masih lagi ditakluki oleh PAS. Kenyataannya, sememangnya ECER ini akan dipolitikkan dan ketelusan kerajaan BN dalam memajukan Pantai Timur dan Kelantan khususnya diragui. Mungkin ECER ini hanyalah sekadar projek pra-pilihan raya oleh kerajaan BN.

Kini kesemua negeri di utara semenanjung ditakluki oleh BA kecuali Perlis. Persoalannya, masihkah ada projek NCER selepas ini dan mungkinkah NCER hanya untuk Perlis? Dan jika bertanya kepada kepimpinan baru di Pulau Pinang dengan Ketua Menteri barunya, Lim Guan Eng, ramai di kalangan pemimpin BN menyatakan bahawa Guan Eng tidak berpengalaman dan kurang arif di dalam menjana pelaburan ke Pulau Pinang. Pengalaman bukanlah kayu pengukur sebenar ke arah kepimpinan yang baik. Kini, rakyat melihatkan kepada kreativiti kepimpinan, iaitu cara dan solusi kepada sesuatu masalah. Sebelum ini pun, Pulau Pinang dihimpit dengan pelbagai masalah yang gagal dibendung oleh kerajaan BN. Guan Eng sudahpun mempunyai contoh yang tidak baik daripada kepimpinan kerajaan BN yang lepas, diharapakan melalui kreativiti kepimpinan yang akan dibawa oleh beliau, masalah-masalah yang sekian lama membelenggu negerinya itu akan di atasi dengan segera. Beliau ada sehingga 4 tahun lagi untuk membuktikannya.

Guan Eng: Ketua Menteri Pulau Pinang terbaru

Setelah Pilihan Raya ini, rakyat kini berpeluang menyediakan "kad laporan" bagi menilai prestasi wakil mereka. Jika sebelum ini, amat sukar melaksanakan tindakan tersebut kerana tiada contoh perbandingan disebabkan kepimpinan yang sama tidak berubah dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya. Kini perubahan yang ketara setelah sekian lama dilihat dan akan memberi ruang untuk rakyat memerhatikan prestasi wakil mereka dengan meletakkan "key perfomances index (KPI)" ke atas wakil mereka. Ini mungkin satu cara bagi membuatkan wakil-wakil rakyat bekerja lebih gigih lagi dalam memperjuangkan hak dan keperluan rakyat tidak kira mereka yang dari BN mahupun BA. Asas dan juga prestasi kepimpinan akan dijadikan penanda aras membezakan pemimpin yang baik ataupun tidak.

Apa-apa pun nama-nama muda seperti Lim Guan Eng, Yusmadi Yusof dan Nurul Izzah Anwar telah membuka satu lembaran baru kepada dunia politik Malaysia. Rakyat mahukan suara muda yang penuh visi dan kegigihan dalam merencanakan pembaharuan. Perdebatan mengenai suara pemimpin muda ini, ditinggalkan kepada anda untuk memikir dan memberikan pendapat agar kita dapat melihat sebuah kepimpinan yang matang berteraskan demokrasi.

Yusmadi Yusof; Ahli Parlimen Balik Pulau



Nurul Izzah Anwar menang di Lembah Pantai

Mungkin kerajaan BN harus memikirkan strategi yang lebih ampuh untuk memiliki semula negeri-negeri utara yang telah jatuh ke tangan BA mahupun menakluki Kelantan. Dek kerana kelalaian dan keselesaan, BN gagal menganalisis corak dan trend rakyat yang kini semakin matang dalam memilih. Rakyat Malaysia kini setanding rakyat Amerika dan Eropah yang yang memilih politik popular berbanding politik pembangunan. Ini seharusnya, sudah ada dalam kamus strategi BN sewaktu berkempen dahulu. Malangnya, tidak.

PS: Parlimen Jerlun disandang oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir, sedangkan Jerlun adalah kubu kuat PAS untuk sekian lamanya. Apakah ini petanda sokongan masih kuat terhadap Tun? Rakyat masih mahukan Tun? Dan persoalan mantan Menteri Besar Kedah yang ingin menjadi pembangkang yang kuat di Kedah menimbulkan lagi satu pertanyaan, adakah mereka selama ini bukan sebuah kerajaan memerintah yang kuat sehingga perlu mereka menjadi pembangkang untuk menentukan kekuatan mereka? Ingat, demokrasi itu bukannya kuasa dan kuasa itu bukannya demokrasi. Gunakanlah demokrasi yang diberi dengan kreativiti dan kegigihan.

March 11, 2008 | 4:03 AM Comments  0 comments

Tags:


Rakyat had spoken!

Yes indeed this is the most memorable time of my life. I managed to witnessed the power of people had been restored. The forces are now even and square.

Yes though BN still ruling the federal government, but then this time around is the biggest loses for BN ever in General Election. They lost 5 states, what could be worse! Worse on their side, but Rakyat will have the chance to experiment the what-ever being promised by the BA to be implemented on this new ruling term.


Malaysia has decided!

As i mentioned earlier on my previous post, The Rise of Media, either conventional or even cutting-edge like internet had influenced the psychographic and also demographic profiles of voters. I believe that, after 50 years of nationhood, finally Malaysia's political landscape have arrived its maturity and we can see the democratic had bloomed.

The needs for different perspectives had driven the Rakyat to seek for the truth and have their taste out of individual not what they represents. Key factor of "Suara Rakyat" are the credibility, the personalities, practicality, being humble, show Rakyat that you are really want it. And most important thing is, Politics is the business of giving hopes... If rakyat couldn't see any hope out of it.. there's no use of hoo-haa manifesto here and there.

All BN safe seats and being conforming are no longer the best way to describe yet dull and predictable election. That era has gone... And even most of Chinese and Indian didn't cast their votes on MIC and MCA, the party component of BN. Because they feel not belong to and they are tired with the same representatives over and over again. While cronyism and nepotism "bermaharajalela", they forgot about the "carca-marba" issues like Bersih and Hindraf had became national issues and they not even sort it out even the day that Malaysia Votes.

But yes, for being neutral, media makes rakyat think about their future not even being forced to. It's just about time they want to decide and they put an exclamation for BN, so they won't feel comfortable and takes their power for granted.



The damage is done, so smile and hopes for the best!

As the moment that I write this post, KLSE just crashed for an hour. It plunged more than 10% and we don’t know when it will be back up. The crash is a stock-market rule, so as to prevent people from panic-selling and making matters worse. Most attribute it to a sudden loss of faith in the new government.

Let us pray and hope that the transitional of our government will have a smooth sail. I'm hoping that Pak Lah will take further action wisely, and hopes Pak Lah will find his inspiration and wisdom to guide us back on track. And as time being, let us be fair to each other, forget about our differences, lets keep in track in building our nation towards a better democracy. This is the time we decide what's best for our nation as we already performed our rights to do so. Suara rakyat berkumandang, suara anda sudah didengari!


March 10, 2008 | 4:03 AM Comments  0 comments

Tags:


« previous 5


Roul's Profile


Latest Posts
Scenes from Penang
Journey for wisdom...
Finally my own DSLR
I'm a year wiser...
"The little...

Monthly Archive
April 2004
May 2004
November 2004
July 2005
November 2005
January 2007
February 2007
October 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
April 2009
May 2009
June 2009

Change Language


Tags Archive
greatglobalist journalism media self-thoughts


33356 views
Important Disclaimer